Pembahagian Harta Pusaka

 

Pembahagian Harta Pusaka

Apabila si mati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai RM600,000.00 ke bawah,
warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta
Pusaka Kecil, 1955. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dimana
letaknya sebahagian besar dari harta pusaka tersebut. Sekiranya simati hanya meninggalkan
harta alih seperti wang, barang emas, kenderaan atau pusaka bernilai lebih dari RM600,000.00
permohonan pembahagian pusaka hendaklah dikemukakan di Pejabat Pentadbir Pusaka, di
Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

Dokumen Sokongan

1. Dua (2) salinan Surat Akuan Kematian/Permit Pengkebumian/Surat Perakuan
Sumpah/Perintah AnggapanKematian yang telah disahkan oleh Pihak Berkuasa
Hospital/Balai Polis dan Nombor Kad Pengenalan simati.
2. Salinan asal Dokumen Hakmilik Tanah (Geran Tanah) atau Surat Perjanjian Jual Beli
mengikut nama yang berkenaan.
3. Salinan resit Cukai Tanah terkini.
4. Salinan resit Cukai Harta terkini.
5. Kad Pengenalan (asal dan salinannya), waris-waris atau Surat Beranak asal bagi waris
berumur kurang dari 12 tahun (jika ada).
6. Surat Pengesahan Bank/Institusi Kewangan/Perbendaharaan Negeri/Malaysia sekiranya
Hakmilik dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan. Sertakan Surat Perjanjian
dengan Institusi Kewangan yang berkenaan (jika ada).
7. Maklumat mengenai hutang piutang simati dengan pihak-pihak lain (jika ada).

Borang

1. Borang A bagi permohonan baru. (Lampiran A).
2. Borang P bagi permohonan ulang bicara. (Lampiran B).

Bayaran

Permohonan baru RM10.00 setiap satu
Permohonan ulang bicara RM10.00 setiap satu
Bayaran Perintah RM10.00 setiap satu
Bayaran Pendaftaran atas tiap-tiap satu Hakmilik RM30.00 setiap satu
Salinan Perintah RM2.00

Perbicaraan

Seboleh-bolehnya semua waris hadir pada tarikh perbicaraan kecuali mereka yang tidak
menuntut haknya, yang telah menyerahkan bahagian kepada waris-waris lain dengan
menggunakan Surat Persetujuan (sila lihat Lampiran C).
Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, perbicaraan boleh dijalankan mengikut budi
bicara Pentadbir Pusaka Kecil. Harta Pusaka akan dibahagikan mengikut perkiraan faraid bagi  orang Islam atau mengikut pembahagian yang telah dipersetujui secara sepakat oleh wariswaris.

Bagi orang bukan Islam, yang meninggal tanpa membuat wasiat pembahagian pusaka
ditetapkan di bawah Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 – Akta A 1004 – (sila lihat Lampiran D).
Sekiranya simati ada membuat wasiat, pembahagian pusaka adalah mengikut yang
diwasiatkan.
Mereka yang menghadiri perbicaraan hendaklah kemukakan kad pengenalan sebelum
perbicaraan dimulakan supaya dapat dicatit nama pihak-pihak yang hadir.

Ulang Bicara

Permohonan Ulang Bicara dengan menggunakan Borang P boleh dikemukakan apabila :
1. Terdapat harta pusaka yag ditinggalkan dan tidak disenaraikan semasa perbicaraan
kali pertama (harta tertinggal).
2. Waris yang dilantik sebagai Pentadbir semasa perbicaraan kali pertama telah dapat
menyelesaikan salah satu dari perkara-perkara berikut :
1. Telah menyelesaikan hutang piutang simati, atau
2. Telah dapat menyelesaikan perbalahan dikalangan waris-waris, atau
3. Bagi tanah yang terletak dalam rancangan FELDA, atau dalam Rancangan
Penempatan Beramai-ramai (Tanah GSA) telah dapat mencapai persetujuan
bersama mengenai nama seorang waris sahaja yang diwarisi tanah berkenaan.
(Perkara ini ditetapkan dalan Undang-undang Tanah Penempatan beramairamai).
3. Untuk melepaskan perlantikan seseorang sebagai Pemegang Amanah kepada seorang
waris yang dahulunya belum dewasa, supaya pusaka berkenaan dapat diturun milik
kepada waris yang kini telah cukup umur.
4. Terdapat waris yang tertinggal. Perbicaraan hanya boleh dilakukan sekiranya kes belum
selesai, dimana pembahagian belum diputuskan dan belum diendoskan pada hakmilik
tanah.

Oleh:

M. Yushak Sajari

Perihal mahyudin102

Seorang Bloggers berkonsepkan kesihatan
This entry was posted in Pembahagian Harta Pusaka. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s