Sudut Tip & Petua

 

KECANTIKAN WANITA

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri
dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang
dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Santan tidak berbau

Bagi puan yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah, santan tidak berbau dan tahan lama.

Susu kilatkan daun hijau

Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau, Untuk mudah membersihkan habuk daripada daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air.

Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.

Petua kempiskan perut

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat.

Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS…sekiranya buncit ada anak….mintak maaflah…

Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

 

Mencuci Barangan Perak

Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang perak akan berkilat.

Segarkan Taugeh

Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

Limau Nipis Cantikkan Badan

Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan
semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis &
kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan
pemotong akan hilang.

Hilangkan Bau Kaki

Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian

Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.

 

Oleh:

M. Yushak Sajari

Fauziah Abd. Jalal

 

 

 

Advertisements
Posted in Sudut Tips & Petua | Tinggalkan komen

Pembahagian Harta Pusaka

 

Pembahagian Harta Pusaka

Apabila si mati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai RM600,000.00 ke bawah,
warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta
Pusaka Kecil, 1955. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dimana
letaknya sebahagian besar dari harta pusaka tersebut. Sekiranya simati hanya meninggalkan
harta alih seperti wang, barang emas, kenderaan atau pusaka bernilai lebih dari RM600,000.00
permohonan pembahagian pusaka hendaklah dikemukakan di Pejabat Pentadbir Pusaka, di
Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

Dokumen Sokongan

1. Dua (2) salinan Surat Akuan Kematian/Permit Pengkebumian/Surat Perakuan
Sumpah/Perintah AnggapanKematian yang telah disahkan oleh Pihak Berkuasa
Hospital/Balai Polis dan Nombor Kad Pengenalan simati.
2. Salinan asal Dokumen Hakmilik Tanah (Geran Tanah) atau Surat Perjanjian Jual Beli
mengikut nama yang berkenaan.
3. Salinan resit Cukai Tanah terkini.
4. Salinan resit Cukai Harta terkini.
5. Kad Pengenalan (asal dan salinannya), waris-waris atau Surat Beranak asal bagi waris
berumur kurang dari 12 tahun (jika ada).
6. Surat Pengesahan Bank/Institusi Kewangan/Perbendaharaan Negeri/Malaysia sekiranya
Hakmilik dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan. Sertakan Surat Perjanjian
dengan Institusi Kewangan yang berkenaan (jika ada).
7. Maklumat mengenai hutang piutang simati dengan pihak-pihak lain (jika ada).

Borang

1. Borang A bagi permohonan baru. (Lampiran A).
2. Borang P bagi permohonan ulang bicara. (Lampiran B).

Bayaran

Permohonan baru RM10.00 setiap satu
Permohonan ulang bicara RM10.00 setiap satu
Bayaran Perintah RM10.00 setiap satu
Bayaran Pendaftaran atas tiap-tiap satu Hakmilik RM30.00 setiap satu
Salinan Perintah RM2.00

Perbicaraan

Seboleh-bolehnya semua waris hadir pada tarikh perbicaraan kecuali mereka yang tidak
menuntut haknya, yang telah menyerahkan bahagian kepada waris-waris lain dengan
menggunakan Surat Persetujuan (sila lihat Lampiran C).
Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, perbicaraan boleh dijalankan mengikut budi
bicara Pentadbir Pusaka Kecil. Harta Pusaka akan dibahagikan mengikut perkiraan faraid bagi  orang Islam atau mengikut pembahagian yang telah dipersetujui secara sepakat oleh wariswaris.

Bagi orang bukan Islam, yang meninggal tanpa membuat wasiat pembahagian pusaka
ditetapkan di bawah Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 – Akta A 1004 – (sila lihat Lampiran D).
Sekiranya simati ada membuat wasiat, pembahagian pusaka adalah mengikut yang
diwasiatkan.
Mereka yang menghadiri perbicaraan hendaklah kemukakan kad pengenalan sebelum
perbicaraan dimulakan supaya dapat dicatit nama pihak-pihak yang hadir.

Ulang Bicara

Permohonan Ulang Bicara dengan menggunakan Borang P boleh dikemukakan apabila :
1. Terdapat harta pusaka yag ditinggalkan dan tidak disenaraikan semasa perbicaraan
kali pertama (harta tertinggal).
2. Waris yang dilantik sebagai Pentadbir semasa perbicaraan kali pertama telah dapat
menyelesaikan salah satu dari perkara-perkara berikut :
1. Telah menyelesaikan hutang piutang simati, atau
2. Telah dapat menyelesaikan perbalahan dikalangan waris-waris, atau
3. Bagi tanah yang terletak dalam rancangan FELDA, atau dalam Rancangan
Penempatan Beramai-ramai (Tanah GSA) telah dapat mencapai persetujuan
bersama mengenai nama seorang waris sahaja yang diwarisi tanah berkenaan.
(Perkara ini ditetapkan dalan Undang-undang Tanah Penempatan beramairamai).
3. Untuk melepaskan perlantikan seseorang sebagai Pemegang Amanah kepada seorang
waris yang dahulunya belum dewasa, supaya pusaka berkenaan dapat diturun milik
kepada waris yang kini telah cukup umur.
4. Terdapat waris yang tertinggal. Perbicaraan hanya boleh dilakukan sekiranya kes belum
selesai, dimana pembahagian belum diputuskan dan belum diendoskan pada hakmilik
tanah.

Oleh:

M. Yushak Sajari

Posted in Pembahagian Harta Pusaka | Tinggalkan komen

Panduan Temuduga

 

 

1.DEFINISI TEMUDUGA

Temuduga? Sering kali ANDA sebagai rakyat Malaysia atau sesiapapun yang ingin memohon untuk memenuhi sektor pekerjaan semestinya dahulu menjalani proses temuduga. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga mereka yang gagal dalam proses temuduga tersebut.

Temuduga atau interview ialah suatu pertemuan atau perjumpaan secara dua hala diantara dua kumpulan yang berkepentingan untuk mendapatkan sesuatu dari satu pihak yang lain.

Kebiasaannya pihak yang memanggil akan menemuduga pihak yang dipanggil iaitu calon-calon yang cukup syarat untuk ditemuduga bagi mencari, menilai, menguji atau memeriksa kemampuan, kebolehan, kehebatan, kesanggupan atau memenuhi keperluan atau kehendak mengikut syarat atau ketentuan yang telah pun ditetapkan oleh pihak yang memanggil.

Penemuduga ialah wakil pihak yang memanggil yang mempunyai kemampuan yang cukup istimewa terutama dalam bidang psikologi, komunikasi, sahsiah, kerjaya berkaitan dan penilaian tentang tujuan temuduga itu dipanggil.

Oleh itu, panduan ini disediakan bertujuan untuk mendedahkan PANDUAN LENGKAP TEMUDUGA kerja bagi mereka yang bakal menghadapi temuduga kelak. Diharap E-buku ini memberi manfaat dan panduan yang terbaik kepada pembaca sekalian.

2.PERSIAPAN TEMUDUGA

Setelah kita memahami definisi temuduga secara umum, kita terus pergi pula ke persiapan sebelum, semasa dan selepas temuduga.

PERSIAPAN SEBELUM,SEMASA,DAN SELEPAS TEMUDUGA.

SEBELUM TEMUDUGA…

Tips berikut hendaklah diikuti dengan berdisiplin oleh ANDA untuk memastikan anda pemohon kerja berjaya dengan proses temuduga. Penulis betul-betul ingin melihat khususnya ANDA mendapat kecemerlangan dalam penilaian temuduga.

1. Selidik seberapa banyak yang dapat tentang profession yang anda pohon itu.

2. Selidik samada anda mempunyai kelulusan akademik dan kelulusan-kelulusan lain sebagaimana yang dikehendaki bagi profession yang anda pohon itu. Jangan semata-mata bergantung kepada nasib.

3. Jika anda ditemuduga bagi sesuatu profession yang berkehendakkan pengetahuan atau latihan khas, anda mungkin disoal tentang perkara tertentu yang berkaitan ataupun diberi satu ujian untuk menilai pengalaman, kemahiran atau kepantasan anda. Dalam hal seperti ini adalah berfaedah jika anda mengkaji semula perkara-perkara berkenaan sebelum menghadiri temuduga.

4. Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat temuduga itu 10 minit sebelum temuduga itu dimulakan.

JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT!

5. Anda pakailah pakaian yang sesuai, kemas dan bersih. Jangan memakai pakaian yang terlampau berwarna-warni dan menjolok mata,berselipar,menggunakan minyak wangi dan alat solek yang berlebihan.

6. Kuku jari anda hendaklah bersih. Rambut hendaklah pendek bagi lelaki dan kemas disikat. Bagi perempuan pemakaian adalah sopan dan tidak menjolok mata. Kasut anda juga hendaklah bersih dan kemas.

7. Apabila anda menjawab sesuatu iklan pastikanlah permohonan anda itu mengandungi segala butir-butir tertentu seperti yang dikehendaki di dalam iklan itu. Bersedialah menjawab soalan-soalan berkenaan dengan iklan dan kandungan surat permohonan anda itu.

8. Bawalah bersama-sama anda sijil-sijil asal sekolah, sijil diploma atau ijazah, master, dokumen-dokumen asal dan surat-surat akuan asal untuk disemak oleh majikan/penemuduga. Susunlah dokumen-dokumen ini mengikut susunan yang dikehendaki dan janganlah digulung.

9. Apabila dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga, anda hendaklah mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memasuki bilik temuduga itu. Janganlah merasa gentar, masuklah dengan hati yang tenang serta penuh yakin.

10. Sediakan nama dan lain butiran mengenai dua orang benar-benar mengenali anda, tetapi bukan saudara-mara anda, yang akan memberi perakuan terhadap diri anda. Eloklah jika anda mendapatkan keizinan dahulu daripada mereka.

Dalam menghadapi persiapan sebelum temuduga kita juga bukan sahaja mempraktikkan apa yang telah diterangkan sebentar tadi,malah kita juga hendaklah membuat persiapan rohani dan mental terutamanya.

Di bawah adalah beberapa kaedah dan cara persiapan untuk ANDA sebagai pemohon kerja sebelum temuduga. Insyaallah dengan doa-doa berikut, ANDA akan berjaya dengan gemilang disertakan dengan kesungguhan yang berterusan.

2.KAEDAH DAN CARA PERSIAPAN MENTAL DAN ROHANI UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA KERJA

UNTUK ANDA BAGI YANG BERAGAMA ISLAM……

1.0      – SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DUA RAKAAT : SETIAP MALAM BERTURUT – TURUT : JAM 12 MALAM

1.1       – Rakaat Pertama : Baca Surah Al- Fatihah

: Baca Ayat Qursi                   : 3 kali

: Baca Surah Al – Kaafirun    : 3 kali

1.2 – Rakaat Kedua    : Baca Surah Al – Fatihah

: Baca Ayat A Manar Rasul   : 1 kali

: Baca Surah Al – Ikhlas          : 5 kali

1.3 – Mencuci diri sewaktu sujud terakhir rakaat kedua     : Selepas baca Subhaa na Rabbial A’ala… 3 kali  : Secara Qosad dalam hati   :

: Baca Astaghfirullah Hal A’azim..  : Istighfar panjang     : 3 kali

: Baca Laa Haulawala Quwatailla… sampai habis            : 3 kali

: Baca Laa Illa Ha Illa Antasubha…. sampai habis            : 3 kali

: Memohon restu Illahi : Ya Allah Ya Tuhanku Panjangkan Umurku Umur Keluargaku. Ya Allah Ya Tuhanku, Murahkanlah Rezeki ku, Rezeki Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikan Keberkatan dan Keredhaan Terhadap niatku, Tutur kata ku dan Segala Perbuatan ku Serta Keluarga ku, Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah kejayaan Yang Cemerlang Dalam Temuduga ku kali ini Agar Cita-cita dan Impian Tercapai.

1.0      – SEBELUM MASUK DEWAN TEMUDUGA : 30 MINIT DARI MASA  TEMUDUGA

1.1      – BACA AYAT 21 HINGGA AYAT 24 SURAH AL HASYR     : 1 KALI

1.2      – BACA AYAT 9 SURAH YASIN : WAJA ‘ALNA….                 : 3 KALI

1.3       – BACA SURAH AL INSYIRAH : ALAM NASYRAH               : 3 KALI

1.4      – BACA 4 QUL : AL KAFIRUN > AL IKHLAS > AL FALAQ > AN NAS

1.5      – BACA DOA PENERANG HATI + MUKADDIMAH + PENUTUP DOA

DOA YANG BOLEH DIBERI KEPADA  IBU BAPA ANDA….

DOA DAN RESTU IBU UNTUK ANAK MENGHADAPI TEMUDUGA

SEMBAHYANG BERJEMAAH KELUARGA : MAGHRIB + ISYA’ +SUBUH SETIAP HARI AYAH MENJADI IMAM, IBU MEMBACA DOA : UNTUK MENDAPAT RESTU IBU  : MULAKAN DOA DENGAN MUKADDIMAH DOA SELAMAT SEHINGGA …. DALHISAAB…. YA ALLAH YA TUHAN KU, BERIKANLAH SEGALA KEKUATAN IMAN, KEYAKINAN DIRI, KESABARAN SERTA SEMANGAT YANG TINGGI KEPADA ANAKKU, …BT ….(IBU) YANG AKAN MENGHADAPI TEMUDUGA BAGI JAWATAN … DI … PADA PAGI ESOK YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, TENANGKAN LAH FIKIRANNYA YA ALLAH, LAPANGKANLAH DADANYA YA ALLAH, TABAHKANLAH HATI NYA YA ALLAH, PERMUDAHKAN LAH SEGALA PERSOALAN YANG DIKEMUKAKAN KEPADA NYA YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KU, BERIKANLAH SEGALA PETUNJUK DAN PEDOMAN AGAR ANAKKU INI DAPAT MENJAWAB DENGAN BETUL, TEPAT DAN PADAT TERHADAP SEMUA SOALAN SPERTI MANA YANG DIKEHENDAKI OLEH PENEMUDUGA YANG BERKAITAN YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHAN KU, TUTUPI DAN LINDUNGILAH SEGALA KELEMAHAN ANAKKU INI YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, BERIKANLAH KEJAYAAN YANG CEMERLANG TERHADAP TEMUDUGA ANAK KU KALI INI AGAR BELIAU DAPAT BEKERJAYA TETAP YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, BERIKANLAH SEGALA KEMUDAHAN DAN KESENANGAN SERTA KEREDHAAN DAN KEBERKATAN MU APABILA ANAK KU INI MENGHADIRI TEMUDUGANYA YA ALLAH, YA ALLAH YA TUHANKU, TEMPATKANLAH ANAKKU INI DI KALANGAN HAMBA MU YANG BERIMAN YA ALLAH, YANG BERILMU YA ALLAH, YANG BERTAQWA YA ALLAH, YANG BERTAWAKKAL YA ALLAH, YANG SOLEH / SOLEHAH YA ALLAH SAMADA SEWAKTU ANAKKU BELAJAR BERKURSUS ATAU BEKERJAYA NANTI YA ALLAH, AAMIN YA RABBAL ‘AA LAMIN, RABBANA AATINA…. SAMPAI HABIS.

SEMASA TEMUDUGA….

Selepas anda tahu mengenai persiapan mental, rohani dan fizikal sebelum temuduga, kita pergi pula kepada persiapan dan tingkahlaku semasa ditemuduga.

1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.

2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.

3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.

4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.

5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.

6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu.

7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.

8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar.

9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel.

10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.

11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.

12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.

13. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.

14. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.Tetapi seeloknya anda dapat mengulas apa-apa sahaja mengenai jawapan kepada persoalan yang dikemukakan oleh penemuduga anda.

15. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.

16. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.

17. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.

18. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Bagaimana sudah faham dengan aspek dan perlakuan yang perlu dituruti semasa temuduga? Saya yakin anda boleh berjaya. Kuatkan semangat dan azam anda. Untuk meyakinkan anda lagi, saya menyediakan anda persiapan dan cara menjawab soalan temuduga dengan lebih lancar dan berkesan.

1.0     – Cara bercakap / cara menjawab persoalan

Suara hendaklah terang dan senang difahami. Jangan meleret leret, setiap perkataan jangan mulakan dengan “Er,Eng,Eeer…” semua in menunjukkan ketidakyakinan diri, tidak faham soalan, tidak tahu jawapan atau terfikir-fikir untuk mencari jawapan.

2.0     – Sentiasa membuka lorong atau memberi peluang kepada penemuduga supaya mereka bertanya soalan yang telah kita sedia jawapannya.

3.0     – Sentiasa mengikut rentak soalan penemuduga. Kalau ditanya dalam BI, Jawab dalam BI, dan kalau ditanya dalam BM, Jawab dalam BM, tetapi kalau menjawab dalam BI. Lebih baik.

Di bawah pula diterangkan mengenai bahasa badan atau “body language” semasa ditemuduga…

 

Penemuduga dapat mengetahui banyak perkara tentang diri anda dengan memerhatikan gerak-geri anda semasa di temu duga

Contoh bahasa badan:

1.Bongkokkan badan anda ke hadapan sedikit

Menunjukkan anda berminat dan menumpukan sepenuh perhatian

2.Sentiasa memandang tepat ke arah wajah penemu duga

Menunjukkan anda seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang lain

3.Letakkan tangan anda dalam kedudukan yang selesa dan biasa

Menunjukkan anda berasa selesa dan tenang

4.Berpeluk tubuh dan menyilang kaki

Menunjukkan anda seorang yang cepat mempertahankan diri dan tidak yakin

5.Bersandar ke belakang

Menunjukkan anda tak berminat atau tidak mengambil berat

Jadi, ingat!! Jaga penampilan anda dengan baik dan kemas. Di bawah pula diterangkan beberapa soalan yang sering ditanya dalam Bahasa Inggeris. Praktis ye……

Saya mahu anda berjaya.

1.0    – What Make You Choose The Course (?) To Further Your Studies?

1.1     – As a very challenging Profession

1.2     – As your childhood dreams and your interest

1.3     – As your other personal reasons accordingly

2.0    – What Make You Choose The Place (?) To Further Your Studies ?

2.1     – As an ambition

2.2     – As a standard and reputation reasons

2.3     – As a climatic and weather reasons

2.4     – As a family history and nostalgia reasons

2.5     – As a social and political stability reasons

3.0    – Knowledge About Sponsor : The Agency Concerned

3.1     – The setting up of the organization (history)

3.2     – The objectives of their setting up

3.3     – The top management’s names

3.4     – The Ministry’s concerned : Minister’s name

3.5     – Previous records of the sponsor concerned

3.6     – Other important information about sponsor

4.0    – Knowledge About The Institution / University/ job place

4.1     – Its geographical location

4.2     – Its setting up and its organization

4.3     – Its reputation and standard

4.4     – Its achievement and previous records

5.0    – Detail Knowledge About The Course Chosen

5.1    – Its future and specialization

5.2     – Its technicalities know how

5.3     – Its reputation

5.4     – Its professionalism

6.0    – Multiple Topic On General Knowledge

6.1     – Topics on current affair (local and global)

6.2     – Topics on leadership (your involvement)

6.3     – Topics on stress and the management of it

6.4     – Topics on chosen professional specialization

6.5     – Topics on about your past time hobbies

6.6     – Topics about your siblings and family

6.7     – Topics about Malaysian politics and economies

6.8     – Topics on your religion & social activities

6.9     – Ad-Hoc Topics related to your instinct

SELEPAS TEMUDUGA

Selepas temuduga berkemungkinan anda akan diterima atau gagal. Jika berjaya cubalah tunaikan tanggungjawab yang telah diberikan. DAN Jika gagal jangan berputus asa dan cuba lagi pada masa hadapan. Jika ingin memohon sesuatu pekerjaan persediaan awal perlu untuk membantu anda berjaya dalam permohonan yang dibuat. Banyakkan pengetahuan dan kemahiran diri sendiri.

Dalam menunggu keputusan temuduga,senantiasalah berdoa dan memanjatkan kesyukuran kepadanya.Kebiasannya penemuduga akan menilai calon melalui beberapa aspek berikut.Sebelum itu,lihat perkara di bawah.

PENILAIAN TEMUDUGA
Dalam temuduga lazimnya penemuduga akan menilai diri anda dalam perkara-perkara seperti yang dijadualkan di bawah :
Amat Baik
Baik
Sederhana
Lemah
Catitan

1.PARAS RUPA FIZIKAL..
-Kekemasan dan cara berpakaian.

2.TINGKAHLAKU..
Perlakuan am, kesopanan, gaya dan ketenangan.

3.KEMAHIRAN BERTUTUR..
Tenang, kelancaran penyampaian, perbendaharaan kata dan pemilihan perkataan dan penyampaian yang jelas.

4.KEYAKINAN..
Keyakinan diri, kematangan sikap dan pendapat, ketabahan dan kepastian.

5.KEWIBAWAAN…
Personaliti yang tegas lagi bertenaga, keupayaan untuk menyakinkan dan mempertahankan hujah.

6.MOTIVASI
Desakan/kesungguhan, penyertaan dalam perbualan/perbincangan.

7.PEMBAWAAN
Kemesraan dan kemampuan bergaul, perangai, berfikiran luas, kawalan emosi.

8.KECERDASAN..
Keupayaan analitikal, kecekapan menjawab, mentaakul, membina dan berfikiran logik.

CATATAN NASIHAT

Berharap Anda khususnya pemohon kerja akan berjaya dengan apa jua temuduga yang bakal dihadapi. Ikutilah tips dan panduan untuk lulus temuduga ini dengan betul dan jayanya. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang berjiwa kental serta cemerlang dan berwawasan,anda sepatutnya merenung, memikir dan berdoa untuk mencapai sesuatu kejayaan khusunya di dalam temuduga. DAN dalam mengekalkan kecemerlangan dalam diri,hayatilah kata-kata di bawah…

Kecemerlangan dalam melaksanakan setiap amal ibadat

Kecemerlangan dalam menghayati kursus/subjek pilihan

Kecemerlangan dalam perhubungan dan pergaulan seharian

Kecemerlangan dalam menghadapi ujian dan peperiksaan

Kecemerlangan dalam merencana hidup di masa hadapan

Oleh itu, anda juga hendaklah:

ü  Memikir untuk membuktikan kemampuan dan kebolehan

ü  Memikir untuk membela nasib keluarga tersayang

ü  Memikir untuk masa depan yang penuh gemilang

ü  Memikir untuk mencapai cita-cita dan Impian.

BERUSAHA HINGGA BERJAYA++BERBAKTI SEBELUM MATI,BERJUANG DEMI KEBENARAN..

 

Oleh:

M. Yushak Sajari

Posted in Panduan Temuduga | Tinggalkan komen

Ternakan Ikan Puyu

 

1.1.      Pengenalan

  • Projek yang dicadangkan adalah  ternakan ‘Ikan Puyu’  (Climbing Perch) atau nama saintifiknya ‘Anabias Testudineus’. Ikan Puyu dikenal juga dengan nama ‘Betok’ dan ada setengah-tengah orang memanggil  ‘Betik’. Ikan Puyu adalah jenis ikan yang umumnya hidup liar di perairan air tawar berukuran kecil dan panjangnya hingga sekitar 25 cm.
  • Ikan Puyu biasanya menghuni disawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama diatas darat walaupun tanpa air.
  • Setengah-tengah orang memelihara ikan puyu untuk  tujuan perhiasan atau menjadikannya platform menghalang kuasa jahat.
  • Ikan ini dikatakan mempunyai khasiat yang lebih baik dari ikan haruan, ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Tidak hairanlah jika harga pasarannya kini agak mahal dan permintaan spesis ini terus meningkat.
  • Ikan puyu  adalah sejenis ikan yang paling mudah diternak kerana kebanyakan penternak merasakan bahawa ikan ini tahan (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan apa saja.

1.2.      Potensi / Permintaan

  • Usaha menternak ikan ini mampu memberi hasil lumayan sekiranya diusahakan dengan pengurusan kolam yang teratur dan terancang.
  • Harga bagi puyu siam dan tempatan juga berbeza. Atas permintaan yang tinggi, ikan puyu tempatan kini boleh mencecah RM 7.00 hingga RM9.00 sekilogram pada harga ladang dan RM10.00 – RM15.00 sekilogram pada harga runcit dipasaran tempatan dan kadangkala boleh mencecah pada kadar harga RM20.00 – RM30.00 sekilogram.
  • Ikan puyu popular dikalangan penduduk tempatan kerana boleh  dibuat Pekasam. selain digoreng rangup dan dimakan dengan nasi putih.
  • Bukan orang Melayu sahaja yang meminati memakan ikan puyu tetapi orang Siam dan Bangladesh juga meminati makan ikan puyu.

1.3.      Biologi Ikan Puyu

Ikan Puyu diklasifikasi: Phylum : Chordata. Sub Phylum : Vertebrata. Kelas : Pisces.  Sub Kelas : Teleostei. Ordo : Labytinthichi. Famili : Anabantidae. Genus : Anabas. Species : Anabas testudineus Bloch.

1.4.      Spesis Ikan Puyu

Ternakan akan meliputi kepada 2 jenis ikan puyu yang biasa diternak iaitu:

  • Puyu Siam. Boleh didapati dikawasan paya  air payau. Ikan ini  berwarna coklat.  Mulutnya  runcing sedikit dan terdapat bintik bintik. Puyu  jenis coklat ini memang ada  di seluruh negara bukan sahaja di Siam, tapi di malaysia kita di panggil  ‘Puyu Siam’. Induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm seekor. Anak ikan puyu siam lebih tahan lasak dan pembesarannya  lebih cepat berbanding ikan puyu kampong tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini. Jangkamasa ternak dalam tempoh 3.5 – 4.5 bulan dipelihara dalam kolam.
  • Puyu Kampong. Ialah puyu yang berwarna agak kehijauan dan berbintik-bintik hitam di badan. Puyu jenis ini lambat sedikit membesar untuk mencapai tahap 200 gram. Ikan puyu yang  betina mengambil masa 6 bulan. Tetapi kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklat atau puyu siam. Dikatakan  terbukti lebih enak rasanya dari baka siam.

Tempoh matang ikan puyu puratanya antara 120 – 150 hari bergantung pada saiz benih, pemberian makanan dan cara pengurusan air. Sementara ikan puyu jantan beratnya purata 150 gram seekor berbanding puyu betina antara 180 gram – 250 gram seekor. Kajian menunjukkan satu populasi sebanyak 60% adalah ikan puyu betina dan 40% adalah terdiri dari ikan puyu jantan.

1.5.      Habitat

Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, ikan ini hidup berkumpulan dan mudah di jumpai dikawasan air yang bersih serta mempuyai sumber makanan yang banyak. Spesis ini boleh dikesan dengan memerhatikan riak dipermukaan air. ia perlu kepermukaan air untuk megambil udara. Spesis ini sangat aktif pada waktu petang dan gemarkan stuktur sungai atau parit.

1.6.        Kolam

  • Kepadatan kolam yang sesuai adalah sebanyak 3 – 4 ekor setiap sekaki persegi dengan kedalaman air 3 – 4 kaki.  Ikan puyu yang dipelihara adalah ikan puyu siam yang saiznya agak lebih besar sedikit daripada baka ikan puyu tempatan yang ada di Malaysia.
  • Mengadakan keadaan persekitaran yang menyerupai makanan organic. Adalah digalakkan dipermukaan kolam dipenuhi dengan media seperti keladi bunting, kangkung, kiambang dan kemeling.
  • Mengikut kajian, kolam ternakan yang paling baik adalah kolam tanah kerana habitat ikan ini datangnya dari persekitaran neutral dari tanah.  Untuk kolam tanah 20′ x 40′ boleh memuatkan ikan puyu lebih kurang dalam 10k. Untuk pembesaran ikan air tawar, kolam tanah memberi jangka masa pembesaran lebih cepat berbanding kolam-kolam lain.
  • Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyu mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air. Pengurusan kolam yang baik dapat mengekalkan suhu air pada 28oC.

1.7.    Pembenihan

  • Pembenihan Semulajadi

Benih ikan boleh dihasilkan tanpa suntikan atau secara semulajadi.  Untuk menunggu mendapatkan hasil tanpa suntikan sememangnya memerlukan jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun penantian ini berpadanan kerana ikan yang dipelihara dapat mengeluarkan hasil tanpa perlu menyuntik. Untuk menunggu pembenihan ikan, harus menyimpan sepasang ikan puyu dalam air yang kotor dan membiarkan selama 6 bulan.

Pemberian sejenis hormon khas membantu meningkatkan peratus ikan puyu betina. Hormon ini diberikan semasa anak ikan puyu dilepaskan didalam kolam tanah yang dibina bagi tujuan penternakan ikan puyu secara komersil.

Selepas itu barulah dimasukkan kedalam kolam pembesaran, ia harus di beri makan secukupnya iaitu 20 peratus dari berat badan dan di beri 4-5 kali sehari.  Waktu makan 4-5 kali sehari perlu di lakukan selama 2-3 minggu pertama.

Ikan puyu betina jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. Dalam proses ini,  gredkan ikan selepas sebulan dan asingkan puyu jantan yang agak kecil dan panjang. walaupun di ternak sehingga 6 bulan , puyu jantan susah membesar dan susah hendak di jual.

Ikan puyu boleh makan apa saja kerana ia jenis omnivour. tapi jika kita ternak puyu betina, ia memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan-ikan yang lain kerana ikan puyu betina menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur.

Bagi meningkatkan bilangan telur pada puyu betina perlu berikan makan berlemak dan berminyak bangi meningkatkan penghasilan telur dan seterusnya anak ikan puyu.

Seekor induk ikan puyu mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu anak benih.

  • Kaedah Penyuntikan

Penyuntikan terhadap ikan Puyu dilakukan bersamaan antara induk jantan dan betina (penyuntikan dilakukan hanya sekali), adapun hormon yang digunakan dalam penyuntikan ini adalah hormon ovaprim dengan dosis yang di berikan pada penyuntikan tersebut sebesar 0,4 ml/Kg induk baik untuk induk ikan betina maupun induk ikan jantan.

Setelah dilakukan penyuntikan antara induk ikan jantan dan induk ikan betina maka induk ikan tersebut diletakkan pada bak pemijahan untuk melakukan proses pemijahan, dengan perbandingan 3 : 1 (3 jantan 1 betina).

Setelah ikan Puyu memijah selang waktu antara 10 – 12 jam maka induk ikan jantan dan betina diangkat atau dikeluarkan dari bak pemijahan, sementara telur yang telah dipijahkan kita biarkan balam bak tersebut.

  • Penetasan

Penetasan telur yang telah dipijahkan oleh induk ikan dilakukan pada bak pemijahan yang diberi aerasi sebagai penambah oksigen terlarut di dalam air. Telur ikan Puyu akan menetas antara 10 hingga 12 jam.

1.8.      Pemakanan

  • Ikan puyu memerlukan makanan sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan mampu mencapai tahap matang 4 – 6 bulan bergantung tahap kesuburan air.
  • Teknologi kini lebih mudah dan cepat membesar dengan formulasi makanan ikan komersil di pasaran seperti keluaran Syarikat Cargill dan Gold Coin dalam bentuk pellet atau butiran (floated granules)
  • Semasa anak ikan baru masuk kedalam kolam pembesaran mesti diberi makan secukupnya iaitu 4-5 kali sehari menjadikan kadar pembesaran sehingga 20% dari berat badan. Kaedah ini perlu dijalankan selama 2-3 minggu pertama.
  • Pada umur 2 – 3 minggu pertama adalah kritikal dengan memberi makan sebanyak 4 – 5 kali sehari kerana ikan puyu adalah sejenis ikan karnibal yang akan makan anak puyu lain atau anak ikan lain didalam kelompok dikolam.
  • Pemberian usus ayam, baja ikan dan lain-lain bentuk makanan selain daripada pellet dapat membantu mengurangan isu karnibalism dimana cara ini mampu mengurangkan sehingga 50% dari jumlah populasi jika tidak di kawal.
  • Makanan ikan yang dicadangkan pallet telur katak campur dengan baja pembesaran bakuhanseki.
  • Selain daripada itu boleh gunakan Mix Vitamin digunakan untuk dicampur dgn makanan pallet bagi menanbahkan lagi vitamin dlm makanan ternakan. Kadar campuran yang disyorkan 10 gram mix vit = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Minyak Omega digunakan utk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Boleh juga menggunakan media makanan seperti kelapa sawit,  buah neram, ulat sagu,  cengkerik,  ubi kayu,  cacing tanah,  perut ayam,  gewang (mengilat) dan lain-lain lagi.

1.9.      Penggredan

  • Selepas sebulan diternak akan diadakan  aktiviti pengredan atau pemilihan ikan puyu.
  • Perlu mengeluarkan atau mengasingkan ikan puyu jantan,  apabila sampai ke peringkat matang ianya susah membesar tidak sepertimana ikan betina.

1.10.      Pengurusan Kolam

  • Pengurusan kolam merupakan aktiviti yang penting dan perlu dititikberatkan dalam bidang akuakultur. Pengurusan kolam bermula dari benih ikan mula dilepaskan sehinggalah ikan-ikan yang diternak mencapai saiz pasaran dan kerja-kerja mengutip hasil dijalankan. Pengurusan yang baik akan menentukan kejayaan dalam bidang ternakan ikan, projek dapat diteruskan dan memberi keuntungan kepada penternak.
  • Langkah-langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian dalam pengurusan kolam iaitu dalam aspek kadar pelepasan benih, saiz benih, masa pelepasan benih, penyukatan suhu air kolam, kawalan pertumbuhan plankton, pertukaran air, makanan tambahan, makanan rumusan, musuh ikan, pengendalian lepas tuai, rekod pengurusan kolam dan lain-lain lagi yang perlu diberi perhatian.
  • EM boleh dimasukkan dalam kolam ternakan untuk rawatan air atau dicampur dalam makanan ikan.
  • Minyak Omega digunakan utk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Artemia sebagai alternatif moina untuk makanan rega ikan yg berumur 4 hari – 10 hari.

1.11.    Pengawalan Penyakit

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor yang boleh menyebabkan ikan menjadi lemah adalah disebabkan suhu, dimana badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air), dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan menyebabkan ikan menjadi lemah.

Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

  • Air yang cetek di dalam kolam adalah tidak sesuai, di mana air cepat panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tibatiba.
  • Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di dalam kolam.
  • Sumber dan mutu air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm, kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara 6.5 – 9.0 .
  • Pengendalian  adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.
  • Faktor Kesesakan dan kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan kesesakan. Faktor kesesakan dapat meningkatkan kandungan ammonia seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga turut mengalami tekanan.
  • Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang. Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan menyebabkan mutu air menurun.
  • Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke kolam yang lain.
  • Pengawalan Patogen, Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit. Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus dan Lernaea.
  • Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam. Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.
  • Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat menangalkan parasit yang terdapat di luar badan ikan.
  • Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.
  • Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh menyebabkan penyakit primier.
  • Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai patogen yang akan menjangkiti anak ikan.
  • Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan makanan boleh menyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen menyerang ikan.

1.12.   Butiran projek

Projek ternakan ikan puyu dilaksanakan adalah sebagai langkah usaha sampingan untuk menambah pendapatan. Ini kerana  ternakan ikan puyu  ini mendapatkan permintaan yang tinggi di kalangan penduduk tempatan. Beberapa kriteria perlu dititiberatkan kepada projek ini, ialah:

Aspek  Kolam Ternakan

  • Kolam ternakan air tawar  bergantung kepada size projek secara kecil-kecilan atau komersial.
  • Kolam ternakan sebaik-baiknya  dikelaskan kepada 3 kolam  mengikut kategori Kolam seperti kolam pembenihan, kolam penggredan dan kolam ternakan.
  • Kolam sebaik-baiknya dinaiktarafkan kolam yang sedia ada adalah untuk meningkatkan lagi produktiviti dan lebih berdaya maju. Selaras untuk memenuhi pasaran tempatan.

1.13.    Benih

  • Untuk meningkatkan produktiviti, projek ini akan  membuat pembelian benih yang berkualiti dan bermutu. Ini bagi memastikan ternakan yang dijalankan  dapat dirancang  dan diprogramkan dengan pengurusan yang teratur.
  • Benih ikan puyu boleh diperolehi dari pembekal tempatan dengan kadar harga berikut:
Saiz 1 Inci RM0.10 Sen
Saiz 1.5 Inci RM0.12 Sen
Saiz 2 Inci RM0.15 Sen

1.14.      Pengeluaran / Hasil

  • Pengeluaran meliputi aspek kemasukan benih induk, pemakanan, pengawanan, penggredan ikan dan pengeluaran ternakan ikan puyu.
  • Pengeluaran mengambil masa dalam tempoh 4 – 6 bulan. Jumlah pengeluaran adalah bergantung kepada sistem dan pengurusan kolam ternakan yang diuruskan.
  • Secara puratanya, pulangan kepada penternak pada kadar anggaran 80% setiap kali tuai dan jualan.
  • Kadar hidup ternakan ikan dititikberatkan bagi mendapatkan hasil dan pulangan yang baik.

1.15.    Pemasaran

Boleh dipasarkan  di pasar-pasar malam dan pasar awam yang mendapat permintaan tinggi dari orang ramai.

Terdapat tiga  (3) kategori harga untuk memasarkan ikan iaitu:

  • Harga Ladang. Harga di ladang ditentukan oleh kos pengeluaran bagi setiap kilogram ikan yang dihasilkan dan dicampur dengan keuntungan yang bakal diperolehi oleh penternak. Di samping itu harga di ladang juga ditentukan oleh permintaan dan penawaran di pasaran.
  • Harga Borong. Harga borong adalah harga yang ditentukan oleh pemborong. Harga ini meliputi harga ladang dicampur dengan kos pengendalian, kos pengangkutan dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh pemborong. Biasanya harga borong lebih tinggi dari harga di ladang.
  • Harga Runcit. Harga runcit merupakan harga yang akan dibayar oleh pengguna. Harga ini jauh lebih tinggi dari harga borong. Harga runcit meliputi harga borong campur dengan beberapa kos yang ditanggung oleh peruncit seperti kos upah, kos menyimpan, kos sewa, keuntungan dan sebagainya.  Jelas jualan secara runcit lebih menguntungkan dan lumayan.

1.16.    Penutup

  • Industri ternakan ikan air tawar berdayamaju dan berpotensi untuk komersial.
  • Sebagai usaha sampingan kepada para petani dan nelayan. Ini kerana  ikan puyu mempunyai permintaan yang tinggi dikalangan orang ramai.

Oleh:

Md. Yushak Sajari

 

Posted in Ternakan Ikan Puyu | Tinggalkan komen

Felda Sungai Tengi Selatan

Felda Sungai Tengi Selatan adalah sebuah rancangan Felda. Terletak di Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan.  Penduduknya lebih kurang 1000 orang, dimana terdapat 3 buah kampung iaitu Kampong Suria, Kampong Fajar dan Kampong Tasik Hijau (Kilang Sawit).  Luas keseluruhan 4,416 ekar.  Majoriti ladang adalah tanaman kelapa sawit.

Sesiapa yang hendak berkunjung ke Felda Sungai Tengi Selatan, hendaklah melalui Lebuh Raya Utara Selatan dan menyusur ke Enterchange Bukit Tagar yang jaraknya lebih kurang 15km. Dan sekiranya melalui Tanjong Malim jarak jauhnya lebih kurang 48km. Sementara jika dari Bestari Jaya (Batang Berjuntai) jauh lebih kurang 27km.

Di Felda Sungai Tengi Selatan mempunyai tempat-tempat menarik seperti Projek Rock Melon yang bernilai 6.5 juta yang dibangunkan oleh Felda untuk dikontrakfarmingkan kepada pengusaha khususnya Peneroka Felda. Mula beroperasi setahun lalu dan telah mengeluarkan beribu metrik tan.

Selain daripada itu, terdapat Ladang Buah-Buahan yang dimajukan oleh Felda Agriculture Sdn. Bhd yang luasnya lebih kurang 1,000 ekar.  Disitu terdapat ladang pisang, dragon fruit, kelapa matag, cempedak madu, rambutan, pulasan, kolam ikan, ternak ayam  dan lain-lain lagi.  Lokasi ini memang sudah terkenal sebagai Pusat Agrotourism.

Dikalangan pengusaha di Felda Sungai Tengi Selatan, ramai terdiri di kalangan Peneroka/Penerokawati mengusahakan Projek Ternakan Ikan seperti Ikan Ketutu, Ikan Puyu, Ikan Tilapia dan lain-lain lagi. Dalam sektor industri luar bandar terdapat pengusaha  kuihmuih tradisional, jem & serikaya, kerepek, dalca, baulu dan kek. Terdapat juga Penternak kambing boer, ternakan ayam kampung, ternakan itek dan arnab.

Di peringkat pertandingan rancangan Felda, pernah memenangi beberapa anugerah dan diperingkat kampong pula pernah memenangi beberapa hadiah cemerlang. Infra pendidikan, Felda Sungai Tengi Selatan mempunyai sebuah Sekolah Kebangsaan dikenali SK Seri Fajar  dan Sekolah Rendah Agama.  Prasarana kampong, terdapat Mesjid Nurul Husna, Kedai PLB, Kedai G’Mart Felda dan Balai Raya.

Posted in Felda Sg. Tengi Selatan | Tinggalkan komen

Ternakan Ikan Ketutu

IKAN KETUTU

1.1.     Pengenalan

  • Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu juga dikenali sebagai ikan haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, ataupun ikan belantuk. Nama saintifik Ikan ketutu adalah ‘Oxyeleotris Marmoratus’ merupakan spesies ikan air tawar  yang mendiami kawasan berair tenang, banyak kayu-kayu mati dan berpasir. Kawasan- kawasan tersebut adalah seperti tasik, empangan, lombong-lombong tinggal dan sungai-sungai.
  • Ikan ini bersisik kecil yang bewarna coklat kehitaman dan bercorak batik di bahagian sisi dan dorsal manakala bahagian ventral berwarna putih kekuningan.
  • Namun ikan ketutu ini juga terdapat di kawasan air payau,  Kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana.
  • Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.
  • Ikan ini bersisik kecil yang bewarna coklat kehitaman dan bercorak batik di bahagian sisi dan dorsal manakala bahagian ventral berwarna putih kekuningan.
  • Ikan ini mengambil masa setahun untuk mencapai berat yang di kehendaki oleh pasaran antara 800-1200g seekor. Ikan ketutu merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
  • Ikan ketutu senang diternak kerana sifat semula jadinya yang ‘pendiam’ pada waktu siang namun aktif pada waktu malam.
  • Ikan ketutu mempunyai ketahanan hidup yang agak tinggi iaitu tahan dalam suhu tinggi (24-30 Darjah Celcius) dan kadar pH tanah  sekitar 6.5 – 7.2 dengan kadar oksijen terlarut sekitar 4mg/liter. Keistimewaan ikan ketutu ialah kadar ketahanannya untuk hidup di luar air, asalkan badannya masih lembab selama 72 jam.

1.2.     Habitat

  • Spesies ikan Ketutu  gemar mendiami kawasan berair tenang, banyak kayu-kayu mati dan berpasir seperti di kawasan tasik, empangan, lombong-lombong tinggal dan sungai-sungai.
  • Ikan ketutu sememangnya terkenal dengan sifatnya yang pemalas. Ia hanya menyambar makanan atau umpan yang lalu di depannya sahaja. Oleh itu, ikan ini menggunakan kelebihannya untuk menyamar bagi mengelirukan mangsanya. Ditambah pula dengan fizikalnya yang seakan-akan kayu buruk
  • Ikan ini biasanya aktif pada waktu malam. Waktunya banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celap kayu, reba, batu dan sembunyi dalam pasir atau lumpur. Ikan ketutu akan menghampiri kawasan cetek pada malam hari untuk mencari makanan. Ia tidak agresif ketika memburu sebaliknya hanya menunggu mangsa mendekatinya sebelum membuat sambaran.
  • Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.

1.3.     Khasiat / Kelazatan

  • Masyarakat Cina gemar kepada  ikan ketutu  ini kerana mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk melancarkan pengaliran darah.
  • Isinya manis dan lazat serta tekstur dagingnya halus dan berwarna putih. Ikan ini mengambil masa setahun untuk mencapai berat yang di kehendaki oleh pasaran antara 800-1200g seekor.
  • Khasiatnya menyamai khasiat ginseng, lingzhi,  madu lebah, spriluna dan lain lain makanan  yang ternama dunia.

1.4.      Potensi / Harga

  • Usaha menternak ikan ini mampu memberi hasil lumayan sekiranya diusahakan dengan pengurusan kolam yang teratur dan terancang.
  • Harganya kini mencecah RM90 sekilo di pasaran tempatan. Bagi harga pemborong pula dalam lingkungan RM45-55 sekilo dengan pembelian secara borong. Purata berat sekilo yang di kehendaki adalah dalam lingkungan 800gram – 1kilogram seekor.
  • Rasa ikan ini yang sangat enak dan digemari ramai menyebabkan permintaan terhadapnya sangat tinggi. Harga pasaran ikan ini mencapai RM90.00 sekilogram di jeti-jeti pendaratan tetapi mencapai harga RM160.00 sekilogram di restoran-restoran terkemuka di bandar-bandar besar.
  • Ikan ketutu merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran dan jika diusahakan dengan pengurusan yang teratur mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kepada pengusaha.

1.5.      Sistem Ternakan

  • Modul Ternakan yang dijalankan adalah di dalam kolam tanah  kerana  persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal.

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi. Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran ikan.
  • Didalam kolam disediakan prasarana sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh bagi mewujudkan mewujudkan habitat ikan ketutu.
  • Kedalaman air yang sesuai sentiasa dikekalkan   bagi menjaga suhu air kolam supaya ikan ketutu dapat memburu anak ikan untuk pemakanannya.
  • Ikan ketutu memerlukan pencahayaan samar-samar,  dengan itu menyediakan kolam penternakan ikan yang  berbumbung (netting) merupakan salah satu prasarana asas. Selain daripada itu, boleh menggunakan tumbuhan akuatik.  Setiap kolam perlu mempunyai sistem pump untuk pengudaraan oksigen dalam air yang tidak bergerak. Perkara paling penting dalam penternakan jenis ini ialah menyediakan habitat yang hampir serupa dan terkawal.

1.6.     Kategori Kolam

Sebaik-baiknya menggunakan kolam tanah.  Keperluan kolam hendaklah mengikut kategori  berikut:

  • Kolam Ternakan Utama. Ukuran kolam bergantung size modal pengusaha itu sendiri dan dikhususkan untuk ternakan ikan ketutu sahaja dan tidak boleh dicampuradukan. Kapasiti ternakan bergantung kepada kemampuan pengusaha.
  • Kolam Pengasingan Ternakan. Kolam ini dibuat untuk pengasingan ternakan ikan ketutu yang matang kerana sudah menjadi lumrah atau tradisi  spesis ikan ketutu ini bersifat karnivor iaitu memakan anak-anak ikan kecil yang ada di kolam. Perlu dibuat pengasingan supaya peratus hasil ternakan dapat dicapai ditahap yang tinggi.
  • Kolam Stok Pemakanan. Kolam ini adalah khusus untuk pembenihan anak ikan tilapia dan jenis yang lain. Ini bertujuan sebagai stok pemakanan ikan ketutu. Sudah menjadi habitat ikan ketutu gemar memakan anak-anak ikan tidak apa kira jenis ikan yang ada disekelilingnya. Kolam ini  adalah bagi membiakkan anak-anak ikan tilapia dan jenis yang lain untuk tujuan pemakanan ikan ketutu.

 

Rumah Ketutu

1.7.      Pengurusan Kolam

  • Pengurusan kolam merupakan aktiviti yang penting dan perlu dititikberatkan dalam bidang akuakultur. Pengurusan kolam bermula dari benih ikan mula dilepaskan sehinggalah ikan-ikan yang diternak mencapai saiz pasaran dan kerja-kerja mengutip hasil dijalankan. Pengurusan yang baik akan menentukan kejayaan dalam bidang ternakan ikan, projek dapat diteruskan dan memberi keuntungan kepada penternak.
  • Langkah-langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian dalam pengurusan kolam iaitu dalam aspek kadar pelepasan benih, saiz benih, masa pelepasan benih, penyukatan suhu air kolam, kawalan pertumbuhan plankton, pertukaran air, makanan tambahan, makanan rumusan, musuh ikan, pengendalian lepas tuai, rekod pengurusan kolam dan lain-lain lagi yang perlu diberi perhatian.
  • EM boleh dimasukkan dalam kolam ternakan untuk rawatan air atau dicampur dalam makanan ikan.
  • Minyak Omega digunakan utk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Artemia sebagai alternatif moina untuk makanan rega ikan yg berumur 4 hari – 10 hari.

1.8.    Bekalan Anak Benih

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan bekalan benih ikan ketutu:

  • Mendapatkan bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong. Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar diperingkat awal projek.
  • Pengusaha akan mendapatkan pembekalan boleh diperolehi dari pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu dengan kadar harga RM3.00/RM4.00/RM5.00 bergantung pada size ikan atau umur anak benih ikan ketutu.

1.9.  Bekalan Makanan

Makanan memainkan peranan penting untuk pembesaran ikan ketutu. Dengan itu pemakanan ikan ketutu  boleh dikategorikan kepada 2 jenis:

  • Makanan Semula Jadi. Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia, daging ikan yang dipotong-potong kecil.  Bagi memastikan bekalan makanan untuk ikan ini terjamin dan menjimatkan kos, ternakan ikan sungai atau udang sebagai bahan makanan ikan ketutu perlu dilakukan. Pilihan terbaik ialah dari spesies ikan dan udang yang kecil dan senang membiak, mudah untuk diperolehi dan tidak mempunyai masalah untuk dibiakkan contohnya ikan ‘guppy’, Sepat, Puyu, Seluang, udang,  sayur dan sebagainya dalam ekosistemnya.
  • Makanan Ikan Tiruan (Pellet). Boleh diketengahkan dengan menggunakan pemakanan jenis ‘Pellet’   terapong atau bebola. Hakikatnya Ikan ketutu ini tidak makan pelet tetapi  terdapat cara bagaimana menjadikan ikan ketutu menggemari makanan pelet iaitu dengan mengajarnya berpuasa terlebih dahulu sebelum memberi makan pellet. Pelet tersebut boleh dihasilkan daripada ikan bilis, dedak padi, minyak ikan dan tepung ubi sebagai binder

1.9.    Hasil dan Pulangan

  •  Memberi pulangan kepada penternak pada kadar anggaran 60% setiap kali tuai dan jualan.
  • Hasil tuaian ternakan ikan ketutu ini bergantung kepada sistem pengurusan kolam.
  • Kadar hidup ternakan perlu dititikberatkan bagi mendapatkan hasil dan pulangan yang baik.
  • Ikan ketutu boleh mula dijual selepas ia mencapai 8 bulan keatas. Bergantung tumbesaran ikan ketutu.  Sekiranya sistem pemakanannya terancang akan cepat membesar. Sasaran ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor).

1.10.   Pemasaran

  • Hasil ternakan akan dipasarkan kepada pemborong atau Restoran/Hotel yang berdekatan. Jabatan Perikanan, Lembaga Pertubuhan Peladang juga boleh dirujuk.
  • Ikan ketutu mendapat permintaan yang tinggi seperti dari China, Jepun Singapura, Indonesia, Jepun, Korea , Taiwan dan sebahagian besar Negara Eropah.
  • Faktor harga ikan itu melambung tinggi kerana sukar menangkapnya dan masih kurang penternak mengusahakan ikan ketutu.
  • Potensi besar ikan ketutu untuk pasaran tempatan dan luar Negara. Yakin penternakan ikan ini akan dapat menjanjikan pendapatan cukup lumayan

1.11.    Penutup

  •  Memfokuskan industri ternakan ikan air tawar berdayamaju dan berpotensi untuk komersial.
  • Matlamat asas untuk meningkat ekonomi pengusaha.
  • Sasaran projek menjadikan lebih komersial, berdayamaju dan berdayasaing.

Oleh:

Md. Yushak Sajari, FSTS

Posted in Ternakan Ikan Ketutu | Tinggalkan komen

Projek Perumahan Generasi Ke 2/3 Felda

Felda Sungai Tengi Selatan menjadi meriah dan bersejarah kerana telah menyempurna Upacara Pecah Tanah Projek Taman Perumahan Generasi Kedua/Ketiga Felda di Felda Sungai Tengi Selatan pada 28hb. Oktober, 2012 pada jam 5.00 petang.

Upacara Pecah Tanah Tapak Perumahan Gen.2/3 Felda

Upacara pecah tanah tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Walaupun pada ketika itu hujan lebat, namun ramai orang lebih kurang 1,000 orang yang hadir  tidak berganjak dari majlis yang bersejarah itu.

Turut hadir ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Ketua Cabang Hulu Selangor, Ybhg. Sdr. Mohamad Nazar Bin Mohamad Yakin, Timbalan Setiausaha Agung PKR, Tuan T, Kumar, Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor dan lain-lain lagi.

Warga Felda Sungai Tengi Selatan mengalu-alukan langkah Kerajaan Negeri Selangor yang yang prihatin dan peka kepada permasaalahan penempatan generasi kedua dan ketiga di kawasan-kawasan Felda di Selangor khususnya di Felda Sungai Tengi Selatan.

Setakat ini lebih kurang 600 Generasi Kedua dan Ketiga Felda telah mengemukakan permohonan kepada Sekretariat Task force Felda Negeri Selangor. Ini menggambarkan bahawa golongan Generasi 2 dan 3 memang memerlukan tapak rumah di kawasan Felda di Selangor.

Sekretariat Task Felda Negeri Selangor telah merancang untuk menempatkan 3 blok di Felda Sungai Tengi Selatan, yangmana akan mendirikan 60 unit rumah di Fasa Pertama dengan keluasan tanah 60′ x 40′. Sesuai dengan dasar dan hasrat Kerajaan Negeri Selangor  akan membina rumah bagi Generasi Ke 2 / 3 Felda supaya lebih selesa bagi keluarga mereka.

Dengan adanya penempatan Taman Perumahan Generasi Kedua / Ketiga ini dapat memakmurkan lagi perkampungan Felda Sungai Tengi Selatan yang penduduknya hanya seramai 139 keluarga dan akan dapat meproduktifkan lagi aspek pembangunan di Felda Sungai Tengi Selatan dalam aktiviti-aktiviti berikut:

  • Meningkatkan sosio ekonomi penduduk.
  • Meningkatkan lagi jumlah murid SK Seri Fajar Felda Sungai Tengi Selatan dan Sekolah Rendah Agama yang ketika ini kritikal menangani bilangan murid.
  • Dapat membantu keluarga dalam aktiviti ladang sawit dan pertanian.

Warga Peneroka Felda Sungai Tengi Selatan berharap sangat kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya projek ini menjadi kenyataan kerana selama ini Generasi Kedua dan Ketiga begitu lama menunggu penempatan perumahan ini dilaksanakan.

Info Dari:

 M. Yushak 010-8016650

Posted in Uncategorized | Tagged , | 6 Komen