Projek Rockmelon Felda Sungai Tengi Selatan

 

 

 

FELDA Sungai Tengi Selatan terkenal dengan ‘Projek Rockmelon Fertigasi’ .  Ramai pelawat-pelawat  terdiri dari pelancung domestik dan luar negara berkunjung ke Felda Sungai Tengi Selatan khusus bertandang melawat projek rockmelon yang telah mengeluarkan bermetrik tan pengeluaran tembikai susu rockmelon.

Ini adalah salah satu program Felda untuk melaksanaan produk bernilai tinggi (high value product) dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran serta mampu menjana peluang mempelbagaikan pendapatan kepada warga peneroka Felda.

Selaras menyahut  hasrat Kerajaan supaya FELDA menjadikan sebagai gedung makanan negara. Inilah usaha-usaha yang akan kita lakukan supaya FELDA akan muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar untuk menampung keperluan negara sebab negara masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada luar negara”.

Visi utama Felda ialah:

  • Memaksimumkan penggunaan tanah dengan aktiviti pertanian
  • Mewujudkan usahawan tani baru dan menambah pendapatan usahawan sedia ada
  • Pembangunan industri asas tani terutama pengeluaran produk makanan
  • Mengadaptasi amalan pertanian baik dalam semua rantaian pengeluaran.

Gedung Makanan Negara sebagai entiti berasaskan perniagaan dengan menjalankan “GMN Fresh Market”

Pelaksanaan

Konsep yang akan digunakan ialah ‘contract farming’ di mana modal permulaan dan infrastuktur akan disediakan oleh Felda dan akan dilaksanakan oleh pengusaha. Pendahuluan modal yang didahulukan oleh Felda tersebut akan diperolehi semula apabila potongan dibuat dari hasil yang dihantar ke Felda dan lebihan hasil akan dikembalikan kepada pengusaha. Manakala Felda akan memasarkan hasil tersebut kepada pasaran terbuka.

Perlaksanaan peringkat awal empat produk bernilai tinggi (high value product) dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran serta mampu menjana peluang mempelbagaikan pendapatan kepada warga peneroka di beri tumpuan dengan sasaran pengeluaran seperti berikut;

Konsep yang akan digunakan ialah ‘contract farming’ di mana modal permulaan dan infrastruktur akan disediakan oleh Felda dan akan dilaksanakan oleh pengusaha. Pendahuluan modal yang didahulukan oleh Felda tersebut akan diperoleh semula apabila potongan dibuat dari hasil yang dihantar ke Felda dan lebihan hasil akan dikembalikan kepada pengusaha. Manakala Felda akan memasarkan hasil tersebut kepada pasaran terbuka.

Felda menyediakan sejumlah RM750 juta dalam bentuk modal dan infrastruktur bagi menjayakan program Gedung Makanan Negara (GMN) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberitahu, projek GMN yang akan dilaksanakan dalam dua fasa itu bermatlamat menjadikan Felda pusat pengeluar utama makanan negara.

“Pelancaran program ini boleh meningkatkan produktiviti isi rumah peneroka dan memaksimumkan penggunaan tanah kosong dengan aktiviti pertanian.

“Selain itu, program ini juga  membuka peluang pekerjaan kepada warga Felda dan masyarakat sekitar bagi menjana pendapatan tambahan kepada peneroka,”

Ahmad menambah, Felda menetapkan tempoh 10 tahun bagi mencapai sasaran tersebut iaitu dari 2010 hingga 2019.

Katanya, fasa pertama program itu telah memberi tumpuan kepada projek lembu pedaging, ikan tilapia, pisang berangan, cili kulai dan rockmelon di Felda Sungai Tengi Selatan.

Bagi fasa kedua pula, katanya, Felda menumpukan kepada usaha meningkatkan pasaran tempatan dan menembusi pasaran import.

Nukilan: M. Yushak Sajari

 

 

 

 

 

Advertisements

About mahyudin102

Seorang Bloggers berkonsepkan kesihatan
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s