Ternakan Ikan Ketutu

IKAN KETUTU

1.1.     Pengenalan

  • Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu juga dikenali sebagai ikan haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, ataupun ikan belantuk. Nama saintifik Ikan ketutu adalah ‘Oxyeleotris Marmoratus’ merupakan spesies ikan air tawar  yang mendiami kawasan berair tenang, banyak kayu-kayu mati dan berpasir. Kawasan- kawasan tersebut adalah seperti tasik, empangan, lombong-lombong tinggal dan sungai-sungai.
  • Ikan ini bersisik kecil yang bewarna coklat kehitaman dan bercorak batik di bahagian sisi dan dorsal manakala bahagian ventral berwarna putih kekuningan.
  • Namun ikan ketutu ini juga terdapat di kawasan air payau,  Kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana.
  • Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.
  • Ikan ini bersisik kecil yang bewarna coklat kehitaman dan bercorak batik di bahagian sisi dan dorsal manakala bahagian ventral berwarna putih kekuningan.
  • Ikan ini mengambil masa setahun untuk mencapai berat yang di kehendaki oleh pasaran antara 800-1200g seekor. Ikan ketutu merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
  • Ikan ketutu senang diternak kerana sifat semula jadinya yang ‘pendiam’ pada waktu siang namun aktif pada waktu malam.
  • Ikan ketutu mempunyai ketahanan hidup yang agak tinggi iaitu tahan dalam suhu tinggi (24-30 Darjah Celcius) dan kadar pH tanah  sekitar 6.5 – 7.2 dengan kadar oksijen terlarut sekitar 4mg/liter. Keistimewaan ikan ketutu ialah kadar ketahanannya untuk hidup di luar air, asalkan badannya masih lembab selama 72 jam.

1.2.     Habitat

  • Spesies ikan Ketutu  gemar mendiami kawasan berair tenang, banyak kayu-kayu mati dan berpasir seperti di kawasan tasik, empangan, lombong-lombong tinggal dan sungai-sungai.
  • Ikan ketutu sememangnya terkenal dengan sifatnya yang pemalas. Ia hanya menyambar makanan atau umpan yang lalu di depannya sahaja. Oleh itu, ikan ini menggunakan kelebihannya untuk menyamar bagi mengelirukan mangsanya. Ditambah pula dengan fizikalnya yang seakan-akan kayu buruk
  • Ikan ini biasanya aktif pada waktu malam. Waktunya banyak dihabiskan dengan berehat di celah-celap kayu, reba, batu dan sembunyi dalam pasir atau lumpur. Ikan ketutu akan menghampiri kawasan cetek pada malam hari untuk mencari makanan. Ia tidak agresif ketika memburu sebaliknya hanya menunggu mangsa mendekatinya sebelum membuat sambaran.
  • Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak-anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.

1.3.     Khasiat / Kelazatan

  • Masyarakat Cina gemar kepada  ikan ketutu  ini kerana mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk melancarkan pengaliran darah.
  • Isinya manis dan lazat serta tekstur dagingnya halus dan berwarna putih. Ikan ini mengambil masa setahun untuk mencapai berat yang di kehendaki oleh pasaran antara 800-1200g seekor.
  • Khasiatnya menyamai khasiat ginseng, lingzhi,  madu lebah, spriluna dan lain lain makanan  yang ternama dunia.

1.4.      Potensi / Harga

  • Usaha menternak ikan ini mampu memberi hasil lumayan sekiranya diusahakan dengan pengurusan kolam yang teratur dan terancang.
  • Harganya kini mencecah RM90 sekilo di pasaran tempatan. Bagi harga pemborong pula dalam lingkungan RM45-55 sekilo dengan pembelian secara borong. Purata berat sekilo yang di kehendaki adalah dalam lingkungan 800gram – 1kilogram seekor.
  • Rasa ikan ini yang sangat enak dan digemari ramai menyebabkan permintaan terhadapnya sangat tinggi. Harga pasaran ikan ini mencapai RM90.00 sekilogram di jeti-jeti pendaratan tetapi mencapai harga RM160.00 sekilogram di restoran-restoran terkemuka di bandar-bandar besar.
  • Ikan ketutu merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran dan jika diusahakan dengan pengurusan yang teratur mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kepada pengusaha.

1.5.      Sistem Ternakan

  • Modul Ternakan yang dijalankan adalah di dalam kolam tanah  kerana  persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal.

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi. Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran ikan.
  • Didalam kolam disediakan prasarana sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh bagi mewujudkan mewujudkan habitat ikan ketutu.
  • Kedalaman air yang sesuai sentiasa dikekalkan   bagi menjaga suhu air kolam supaya ikan ketutu dapat memburu anak ikan untuk pemakanannya.
  • Ikan ketutu memerlukan pencahayaan samar-samar,  dengan itu menyediakan kolam penternakan ikan yang  berbumbung (netting) merupakan salah satu prasarana asas. Selain daripada itu, boleh menggunakan tumbuhan akuatik.  Setiap kolam perlu mempunyai sistem pump untuk pengudaraan oksigen dalam air yang tidak bergerak. Perkara paling penting dalam penternakan jenis ini ialah menyediakan habitat yang hampir serupa dan terkawal.

1.6.     Kategori Kolam

Sebaik-baiknya menggunakan kolam tanah.  Keperluan kolam hendaklah mengikut kategori  berikut:

  • Kolam Ternakan Utama. Ukuran kolam bergantung size modal pengusaha itu sendiri dan dikhususkan untuk ternakan ikan ketutu sahaja dan tidak boleh dicampuradukan. Kapasiti ternakan bergantung kepada kemampuan pengusaha.
  • Kolam Pengasingan Ternakan. Kolam ini dibuat untuk pengasingan ternakan ikan ketutu yang matang kerana sudah menjadi lumrah atau tradisi  spesis ikan ketutu ini bersifat karnivor iaitu memakan anak-anak ikan kecil yang ada di kolam. Perlu dibuat pengasingan supaya peratus hasil ternakan dapat dicapai ditahap yang tinggi.
  • Kolam Stok Pemakanan. Kolam ini adalah khusus untuk pembenihan anak ikan tilapia dan jenis yang lain. Ini bertujuan sebagai stok pemakanan ikan ketutu. Sudah menjadi habitat ikan ketutu gemar memakan anak-anak ikan tidak apa kira jenis ikan yang ada disekelilingnya. Kolam ini  adalah bagi membiakkan anak-anak ikan tilapia dan jenis yang lain untuk tujuan pemakanan ikan ketutu.

 

Rumah Ketutu

1.7.      Pengurusan Kolam

  • Pengurusan kolam merupakan aktiviti yang penting dan perlu dititikberatkan dalam bidang akuakultur. Pengurusan kolam bermula dari benih ikan mula dilepaskan sehinggalah ikan-ikan yang diternak mencapai saiz pasaran dan kerja-kerja mengutip hasil dijalankan. Pengurusan yang baik akan menentukan kejayaan dalam bidang ternakan ikan, projek dapat diteruskan dan memberi keuntungan kepada penternak.
  • Langkah-langkah yang perlu diberi penekanan dan perhatian dalam pengurusan kolam iaitu dalam aspek kadar pelepasan benih, saiz benih, masa pelepasan benih, penyukatan suhu air kolam, kawalan pertumbuhan plankton, pertukaran air, makanan tambahan, makanan rumusan, musuh ikan, pengendalian lepas tuai, rekod pengurusan kolam dan lain-lain lagi yang perlu diberi perhatian.
  • EM boleh dimasukkan dalam kolam ternakan untuk rawatan air atau dicampur dalam makanan ikan.
  • Minyak Omega digunakan utk dicampur dalam makanan ikan bagi menambah pembesaran ikan ternakan. Kadar campuran 10 ml = 1 kg makanan pallet ikan.
  • Artemia sebagai alternatif moina untuk makanan rega ikan yg berumur 4 hari – 10 hari.

1.8.    Bekalan Anak Benih

Terdapat 2 kaedah untuk mendapatkan bekalan benih ikan ketutu:

  • Mendapatkan bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong. Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar diperingkat awal projek.
  • Pengusaha akan mendapatkan pembekalan boleh diperolehi dari pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu dengan kadar harga RM3.00/RM4.00/RM5.00 bergantung pada size ikan atau umur anak benih ikan ketutu.

1.9.  Bekalan Makanan

Makanan memainkan peranan penting untuk pembesaran ikan ketutu. Dengan itu pemakanan ikan ketutu  boleh dikategorikan kepada 2 jenis:

  • Makanan Semula Jadi. Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia, daging ikan yang dipotong-potong kecil.  Bagi memastikan bekalan makanan untuk ikan ini terjamin dan menjimatkan kos, ternakan ikan sungai atau udang sebagai bahan makanan ikan ketutu perlu dilakukan. Pilihan terbaik ialah dari spesies ikan dan udang yang kecil dan senang membiak, mudah untuk diperolehi dan tidak mempunyai masalah untuk dibiakkan contohnya ikan ‘guppy’, Sepat, Puyu, Seluang, udang,  sayur dan sebagainya dalam ekosistemnya.
  • Makanan Ikan Tiruan (Pellet). Boleh diketengahkan dengan menggunakan pemakanan jenis ‘Pellet’   terapong atau bebola. Hakikatnya Ikan ketutu ini tidak makan pelet tetapi  terdapat cara bagaimana menjadikan ikan ketutu menggemari makanan pelet iaitu dengan mengajarnya berpuasa terlebih dahulu sebelum memberi makan pellet. Pelet tersebut boleh dihasilkan daripada ikan bilis, dedak padi, minyak ikan dan tepung ubi sebagai binder

1.9.    Hasil dan Pulangan

  •  Memberi pulangan kepada penternak pada kadar anggaran 60% setiap kali tuai dan jualan.
  • Hasil tuaian ternakan ikan ketutu ini bergantung kepada sistem pengurusan kolam.
  • Kadar hidup ternakan perlu dititikberatkan bagi mendapatkan hasil dan pulangan yang baik.
  • Ikan ketutu boleh mula dijual selepas ia mencapai 8 bulan keatas. Bergantung tumbesaran ikan ketutu.  Sekiranya sistem pemakanannya terancang akan cepat membesar. Sasaran ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor).

1.10.   Pemasaran

  • Hasil ternakan akan dipasarkan kepada pemborong atau Restoran/Hotel yang berdekatan. Jabatan Perikanan, Lembaga Pertubuhan Peladang juga boleh dirujuk.
  • Ikan ketutu mendapat permintaan yang tinggi seperti dari China, Jepun Singapura, Indonesia, Jepun, Korea , Taiwan dan sebahagian besar Negara Eropah.
  • Faktor harga ikan itu melambung tinggi kerana sukar menangkapnya dan masih kurang penternak mengusahakan ikan ketutu.
  • Potensi besar ikan ketutu untuk pasaran tempatan dan luar Negara. Yakin penternakan ikan ini akan dapat menjanjikan pendapatan cukup lumayan

1.11.    Penutup

  •  Memfokuskan industri ternakan ikan air tawar berdayamaju dan berpotensi untuk komersial.
  • Matlamat asas untuk meningkat ekonomi pengusaha.
  • Sasaran projek menjadikan lebih komersial, berdayamaju dan berdayasaing.

Oleh:

Md. Yushak Sajari, FSTS

Advertisements

About mahyudin102

Seorang Bloggers berkonsepkan kesihatan
This entry was posted in Ternakan Ikan Ketutu. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s